Selama 4 tahun belajar statistik, baru minggu lepas saya rasa begitu insaf. Termenung dengar kata-kata pensyarah tentang nilai, analisa, statistik dan macam-macam lagi.
[dulu saya tak suka statistik..huhu]
Tapi, bila belajar bab pengujian, analisa dan kepentingan penilaian, barulah terasa yang statistik itu penting.
Statistik bukan lah sekadar angka, tapi tersirat pelbagai kisah. Bila seseorang itu membuat analisa, angka itu boleh menerangkan sampai ke tahap menjatuhkan atau menaikkan motivasi seseorang atau kita panggil pelajar.
-----------------
Kebanyakan kita tahu yang dalam peperiksaan, markah 38 itu gagal dan 40 adalah lulus.
Dan, jika dalam sesebuah kelas, markah tertingginya ialah 50, maka hebatlah orang itu.
Tapi, apa pula cerita jika markah paling tinggi dalam kelas tersebut adalah 38? Maka, terjemahan kepada nombor itulah yang penting. Mid, mode, median, t-score, z-score dalam statistik lah yang dapat menterjemahkannya.
Dan, sebagai guru, macam mana pula kita ni nak menerangkan pada pelajar dan ibu bapa. Nak kata je 38 markah teruk? Markah orang tak pandai?
Ish...ada ke patut?
-----------------
Sinilah pentingnya memahami statistik, dan membuat analisa ke atas nombor-nombor tersebut.
Kan best jika bunyinya begini...
"Anak pakcik Muhammad Naim dapat markah matematik 38. Tak lulus ni pakcik. Tapi, inilah markah paling tinggi dalam kelas. Tahniah Naim...
Tapi, kenalah usaha lagi sikit ye Naim. Bagi lulus. Kamu bukan tak pandai. Kamu dapat markah paling tinggi ni. Maknanya, banyak peluang kamu untuk lulus...
Banyakkan latihan, ok? Jika tak faham, cikgu akan bantu Naim. Cikgu percaya Naim boleh buat lagi baik dari ini. Betulkan Naim?
Anda rasa, apa perasaan Naim selepas itu?? :)
------------------
Dan, jika kita tak buat analisa, tak 'membaca' nombor-nombor tersebut, kita mungkin boleh jadi agen peranap jiwa. Pendapat saya lah..
No comments:
Post a Comment